Penyanyi dan pelakon hebat Malaysia,
Ayda Jebat meminta maaf disebabkan gurauannya telah menyebabkan hati
beberapa pihak terguris.
Ayda menjelaskan yang tindakannya memuat
naik wajah Sharnaaz Ahmad berlatar belakangkan lagu Selamanya Cinta
dendangan Shila Amzah bukanlah berniat untuk menyindir mana-mana pihak.’
“Lagu itu ada dalam streaming muzik saya
dan secara gurauan saya merakam wajah Sharnaaz ketika lagu itu keluar
dan memuat naik di ‘Instastory’ dalam Instagram,” jelasnya pada mStar
Online.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada
Jebat menambah yang sebagai seorang anak seni, dia sentiasa menyokong
karya-karya artis tempatan dan benar-benar tidak berniat untuk menaikkan
kemarahan Shila Amzah atau membuatkannya tersinggung.
Ayda menjelaskan salah faham kononnya dia menyindir secara sengaja kisah cinta penyanyi wanita itu dengan Sharnaaz Ahmad.
“Saya faham dia kata ini kali kedua saya
buat begitu, pertama itu adalah dalam babak drama Awak Sangat Nakal,
saya ada menyanyikan lagu dia dan ia hanya untuk memberi sedikit komedi
dalam babak itu.”
Menurut Ayda lagi, dia kesal kerana
Shila menganggap perkara itu terlalu serius dan pihak Shila juga ada
menghubunyi Ayda semata-mata untuk memintanya memadam video berkenaan.
Alahai, kisah lama pula nak diungkit.
Apa-apa pun baguslah kalau dah meminta maaf. Industri hiburan Malaysia
ni kecil sahaja, tak eloklah bermasam muka sesama artis.
Sumber : CARI