Sayu.. Semua Tinggal Kenangan.. Berita Sedih Buat Peminat Pengacara TV 3 Normala Samsudin.. Semua Tinggal Kenangan.. Harap Peminat Sabar Dengan Ketentuan..
http://beriitaawani.blogspot.com/2017/01/sayu-semua-tinggal-kenangan-berita.html
KUALA LUMPUR: Bekas personaliti TV3, Puan Sri Normala Samsudin tidak berhasrat untuk kembali aktif dalam bidang pengacaraan kerana lebih selesa dengan kehidupannya sebagai isteri kepada bekas menteri, Tan Sri Azmi Khalid.
Normala, 51, berkata, peluang sepatutnya diberikan kepada wajah-wajah baharu berpotensi bukan sahaja sebagai hos tetapi ilmu kewartawanan.
"Alhamdulillah saya gembira dengan kehidupan sekarang sebagai suri rumah dan langsung tidak rindu atau memasang impian untuk kembali semula dalam industri.
"Rezeki saya hanya setakat di situ dan biarlah wajah baharu pula diberi peluang menggantikan kami orang lama ini," katanya kepada mStar Online.
Normala ditemui pada majlis rakaman program Nona bersempena sambutan ulang tahun ke-30 program berkenaan di Grand Duchess Fraser Place di sini, Sabtu.
Normala ditemui pada majlis rakaman program Nona bersempena sambutan ulang tahun ke-30 program berkenaan di Grand Duchess Fraser Place di sini, Sabtu.
ADVERTISEMENT
Normala kini lebih selesa dengan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Selain Normala, beberapa lagi bekas pengacara rancangan majalah wanita itu turut hadir seperti Nurfarahin Jamsari, Christine Ling, Ezzah Aziz Fawzy, Raja Mazian Raja Mohamed, Nurul Syuhada Nurul Ain dan Fara Fauzana.
Tambah Normala, biarpun sudah tidak terlibat dalam bidang penyiaran namun beliau masih mengikuti perkembangan semasa tentang industri dan melihat wajah-wajah baharu pengacara diketengahkan mempunyai potensi besar.

Dalam pada itu, berkongsi tentang perkembangan terbaharunya, Normala berkata, aktiviti hariannya sibuk dengan tugas-tugas biasa sebagai seorang isteri dan ibu.
"Saya kini menetap di Perlis tetapi sekali-sekala akan turun ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengikut suami. Selebihnya tiada apa yang menarik cuma aktiviti saya kebanyakkannya lebih kepada menguruskan rumah tangga seperti kebanyakkan wanita lain," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Normala berkata, beliau gembira melihat evolusi program Nona yang semakin berkembang dengan pengisian lebih mantap berbanding zamannya.
Dalam perkembangan lain, Normala berkata, beliau gembira melihat evolusi program Nona yang semakin berkembang dengan pengisian lebih mantap berbanding zamannya.
Bekas pengacara Nona berkumpul...(dari kiri) Nolly Zai Awang, Raja Mazian Raja Mohamed, Datin Sharifah Shawati, Christine Ling, Puan Sri Normala Samsudin, Nurfarahin Jamsari dan Ezzah Aziz Fawzy.
Malah katanya, selepas 30 tahun, Nona masih berada di kedudukan tersendiri dan berharap ia akan terus menjadi pemangkin kepada generasi akan datang menerusi pengisian yang dipaparkan.
"Saya kali terakhir muncul dalam Nona pada 2004 dan sejak itu pelbagai perubahan telah berlaku sejajar dengan teknologi dan kuasa media sosial.
"Pun begitu Nona tetap berada di kedudukannya tersendiri sehingga membuatkan ia mampu kekal tiga dekad lamanya," ujarnya.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA