"Hubungan Itu Memang Perlu Dijalinkan.. Kenapa Wawa Perlu Cemburu.. Biasalah Tu Kalau Ring. . .", Video Bersama Tersebar Akhirnya Ummie Nadzirah Buka Mulut Dedahkan Hunungan Sebenar Dengan Aeril Zafril


Henti Sebar Fitnah, Saya dan Aeril Hanya Kawan – Ummi Nazeera


Pelakon Ummi Nazeera memohon kepada semua pihak supaya menghentikan sebarang spakulasi mengenai hubungannya dengan aktor Aeril Zafrel.

Menurut Ummi, hubungannya bersama dengan suami pelakon Wawa Zainal itu hanyalah sekadar rakan sekerja dan tidak lebih daripada itu.

“Saya ada baca artikel mengenai Wawa didakwa cemburu kerana Aeril dikatakan rapat dengan saya. Di sini saya ingin jelaskan tidak timbul langsung isu tersebut antara kami.

“Wawa merupakan seorang isteri yang sangat baik dan kami semua sangat profesional bila berkaitan dengan kerja.

“Saya harap hentikanlah spekulasi ini, saya dan Aeril hanyalah kawan dan tak lebih daripada itu. Saya bukan dengan dia tapi saya sedang mengenali seseorang.

“Bukan semua persahabatan perlu berakhir dengan percintaan dan kadang-kadang persahabatan itu perlu dijalinkan kerana pekerjaan,” katanya.

Penjelasan itu dilakukan oleh Ummi menerusi akaun Instagram (IG) miliknya melalui satu video yang dimuatnaik pada Isnin.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan rumah tangga pasangan Aeril Zafril dan Wawa Zainal sedang bergolak gara-gara hubungan pemuda itu dengan aktres Ummi Nazeera menerusi ruangan pojok pada Ahad.

Teks oleh: Mya Amri

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon


loading...

Popular

Arkib

item